PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

 Alhamdullilah bersyukur ke hadrat Ilahi, saya bersyukur dan berterima kasih tidak terhingga kepada semua warga kerja Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing yang terlibat secara langsung di dalam pembangunan laman web ini sebagai satu medium interaktif digital untuk memberi pendedahan maklumat berkaitan latihan kemahiran kepada semua golongan masyarakat bagi melahirkan generasi muda yang berkualiti dalam mengharungi era perkembangan Perindustrian 4.0 bagi menghadapi cabaran globalisasi dunia yang penuh teknologi masa kini.

Sebagai salah sebuah Institusi Latihan Kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), kami warga ILP Mersing komited bagi memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan Program Latihan dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus bagi memastikan Program Latihan yang ditawarkan, dilaksanakan memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.

Kursus yang ditawarkan adalah Teknologi Kimpalan, Teknologi Elektrik, Teknologi Automotif, Teknologi Telekomunikasi dan Teknologi RAC yang dilaksanakan sepenuh masa selain beberapa program latihan kursus jangka pendek berpandukan keperluan industri.

Akhir kata, saya mewakili warga ILP Mersing mengalu- alukan kedatangan anda semua ke laman web rasmi kami. Kami berharap semoga maklumat yang disediakan memberi manfaat. Sokongan dan pandangan anda amat diperlukan bagi memastikan penambahbaikan secara berterusan dapat dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.

Skip to content